1848–1867 Kerajaan Beraja Hungary (1526–1867)

Selepas revolusi, maharaja membatalkan perlembagaan Hungary dan memerintah secara monarki mutlak. Franz Joseph membahagikan negara kepada empat buah wilayah: Hungary, Transylvania, Croatia-Slavonia, dan Vojvodina. Para pentadbir Jerman dan Bohemia menguruskan kerajaan, dan Jerman menjadi bahasa rasmi untuk urusan pentadbiran dan pendidikan. Kaum minoriti bukan-Magyar di Hungary menerima sedikit sokongan di Austria semasa tempoh kekacauan ini. Kaum Croat dilaporkan memberitahu orang Hungary: "Kami menerima balasan di mana orang Magyar menerimanya sebagai hukuman."

Pandangan rakyat Hungary berbeza berkenaan akan hubungan dengan Austria. Sesetengah orang Hungary berharap agar perpisahan sepenuhnya daripada Austria; yang lain pula menghendaki penyesuaian dengan Habsburg, selagi mana mereka menghormati perlembagaan dan undang-undang Hungary. Ferenc Deák menjadi penyokong utama bagi usaha penyesuaian ini. Deak memegang teguh kesahihan Undang-undang April dan mempertikaikan bahawa pindaannya memerlukan perhatian daripada Diet Hungary. Beliau juga mengatakan bahawa penurunan takhta Habsburg adalah tidak sah. Selagi Austria memerintah secara mutlak, Deak percaya bahawa orang Hungary patut melakukan lebih daripada secara pasif menentang tuntutan-tuntutan tidak sah ini.

Percubaan pertama untuk mematahkan pemerintahan neo-absolutis oleh Franz Joseph mula muncul pada tahun 1859, apabila tentera Sardinia-Piedmont dan Perancis mengalahkan Austria dalam Pertempuran Solferino. Kekalahan ini menyakinkan Franz Joseph bahawa tentangan oleh rakyat dan sosial ke atas kerajaan beliau terlalu kuat untuk diuruskan melalui dekri daripada Vienna. Secara perlahan-lahan, beliau mengakui keperluan konsesi untuk Hungary, oleh Austria dan Hungary memulakan perbincangan untuk satu kompromi.

Pada tahun 1866, Prusia mengalahkan Austria, dan mengakibatkan lebih banyak kelemahan kepada empayar Habsburg. Rundingan antara maharaja dan para pemimpin Hungary dibanyakan dan akhirnya menghasilkan Persepakatan 1867, yang mana menghasilkan Dual Monarki di Austria-Hungary, juga dikenali sebagai Empayar Austria-Hungary.

Rujukan

WikiPedia: Kerajaan Beraja Hungary (1526–1867) http://lcweb2.loc.gov/cgi-bin/query/r?frd/cstdy:@f... http://lcweb2.loc.gov/cgi-bin/query/r?frd/cstdy:@f... https://books.google.com/?id=Hd22PGVjpE8C&pg=PA102 https://books.google.com/?id=MziRd4ddZz4C&pg=PA309 https://books.google.com/?id=Y8_mapl_JS0C&pg=PA17&... https://books.google.com/books?id=5J09mqMWiogC&pg=... https://books.google.com/books?id=6vRnP8jXZjMC&pg=... https://books.google.com/books?id=rSON55zorLsC&pg=... https://books.google.com/books?id=ycNApODqgRUC https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Keraja...